Kebanyakan wanita bercita-cita memiliki bentuk badan yang cantik kata orang ada "shape" sedap dipandang. Untuk itu juga bagi wanita yang mengamal hidup sihat selalu bersenam pasti memilikinya.

Bentuk badan yang catik pasti datang daripada pemakanan dan latihan yang betul. Latihan bagi wanita tidaklah sama sebagaimana lelaki. Ini kerana daya kekuatan wanita adalah jauh lebih rendah daripada lelaki. Walaubagaimanapun ianya boleh dilatih.

Disini saya tidak akan menjelaskan bagaimana wanita ingin memiliki badan sebagaimana lelaki berotot-otot kerana ianya bukan sahaja memerlukan latihan yang serius tetapi juga perlu bahan tambahan seperti testerone (hormon lelaki ) bagi menghasilkan otot-otot yang tegap disamping dapat meningkatkan tenaga dengan lebih cepat.

Sebenarnya bagi wanita yang berasa badannya lebih berat, lebih saiz tidak perlu mengambil pil-pil diet, berlapar atau bahan ubatan-ubatan yang lain sebagai sumber utama menguruskan badan. Sebenarnya ini akan mendatangkan kesan jangka masa panjang apabila usia telah meningkat.

Cara yang paling selamat dan berkesan adalah melalui senanam yang cukup. Ia tidak semestinya melakukan senaman berat. Cukup dangan hanya menggunakan sedikit beban sebagai pemberat. Gemuk atau lebih saiz sebanarnya adalah berpunca daripada lemak. Biasanya berlaku pada bahagian belakang lengan, pinggul, peha dan perut.

Bagi wanita yang badan normal ( tidak gemuk ) ianya sesuai menjaga makan disamping melakukan beberapa senaman yang boleh mengeluarkan peluh antaranya senam robik.

Tetapi masalah paling besar adalah bagi wanita yang telah lebih saiz (gemuk) dengan melakukan penahanan makanan, makan ubatan diet rasanya kurang berkesan pada tahap begini. Cara yang paling berkesan adalah melakukan senaman pada bahagian-bahagian yang telibat. Sila lihat halaman Senaman Wanita