Halaman Bina Badan (Body Building) ini khas bagi peminat-peminat bina badan di Malaysia.

Idea tercetusnya untuk membangunkan halaman ini adalah untuk membantu dalam memberi sedikit panduan dan berkongsi pengetahuan kepada peminat yang bakal atau telah mencebur dunia Bina Badan.

Ini kerana bagi memiliki bentuk badan sebagaimana yang di idamkan adalah amat sukar sekali dan hanya boleh dicapai melalui teknik yang betul tetapi jika latihan dilakukan dengan teknik yang salah maka anda mungkin gagal untuk mencapai apa yang diidamkan.

Latihan yang salah tidak mendatangkan sebarang penambahan pada bahagian yang sepatutnya menunjukkan perubahan. Di samping itu teknik yang salah akan menimbulkan kesan negatif sama ada dalam masa singkat atau dalam jangka masa panjang.

Berdasarkan pemerhatian saya kebanyakan peminat BB( bina badan ) yang baru berjinak-jinak mengharapkan hasil serta merta ini adalah satu anggapan yang salah dan boleh menimbulkan perasaan bosan dan terus putus asa. Ada segelintir yang mencebur diri secara aktif melebihi 10 tahun latihan intensif namun tidak memberi sebarang hasil yang efektif hanya gemuk. Ini kerana latihan dan teknik yang salah pasti tidak mendatangkan hasil. Kesilapan dalam latihan biasa berlaku seperti dinyatakan pada halaman "Latihan" dibawah tajuk "Silap Teknik "

Bagi permulaan ( Beginner) perlu sekali mendapat tunjuk ajar daripada pelatih yang berkelayakan dan berpengalaman.

Untuk mencapai tahap bagaimana ahli bina badan sekarang seperti Arnold Swazenager menjalani latihan intensif sejak berusia 14 tahun dan 9 tahun kemudian beliau berjaya meraih gelaran Mr Olympia 1970,71, 72, 73, 74, 75 dan 1980. Selain daripada latihan yang betul pemakanan turut memainkan peranan penting bagi mempercepatkan lagi pembesaran otot. Sila lihat halaman "Pemakanan"

Latihan yang betul, rehat yang cukup serta pemakan yang baik akan memesatkan lagi penghasilan otot yang dikehendaki. Tidak semestinya perlu bergantung kepada penggunaan anabolic steroid atau hardcore supplement yang lain. Ini memerlukan kos yang tinggi disamping penggunaan yang boleh mendatangkan kesan negatif daripada pengambilan yang tidak betul.

Kesabaran dan latihan yang tetap mengikut jadual pasti memberikan hasil yang positif.

X-Mr Olympia 1965 - 1995
Best View in 800 x 600 Resolution