Pernafasan
Cara pernafasan yang tidak betul. Semasa menarik nafas atau menghembus nafas pada kedudukan yang tidak sepatutnya atau menahan nafas juga tidak di galakkan.

Kedudukan
Kedudukan badan dalam keadaan berbaring dan berdiri yang tidak betul semasa latihan. Badan melengkung adalah tidak dibenarkan semasa melakukan latihan. Ini akan menjejaskan tulang belakang dan pinggang anda.

Penumpuan
Memberi tumpuan pada bahagian lain badan semasa latihan. Tumpuan sepenuhnya pada bahagian yang terlibat misalnya latihan bagi biceps pastikan tumpuan hanya pada bahagian biceps. Elakkan daripada terlampau banyak bercakap ini menyebabkan hilangnya tumpuan.

Penipuan
Menggunakan anggota badan lain bagi mengangkat bebanan tersebut. Atau menggunakan momentum hayunan pada bebanan untuk mengangkat.

Overtrain
Waktu latihan yang terlalu lama untuk sesuatu sesi sehingga 2 - 3 jam atau melakukan latihan pada bahagian badan yang sama pada hari yang seterusnya. Latihan pada anggota badan terlalu banyak.Cth Chest,back,shoulder, arm untuk satu hari. Elakkan daripada melakukan terlampau banyak bilangan set sehingga 5 -6 set. Ulangan bagi setiap set seeloknya 12-15 ulangan dan lakukan sebanyak 2-3 set termasuk set pertama sebagai warming up.

Rehat
Latihan setiap hari tanpa rehat yang cukup. Badan kita memerlukan masa dan waktu rehat yang cukup untuk membaiki setiap sel tisu yang rosak semasa latihan. Bagi badan normal kadar rehat adalah 72 jam selepas latihan dilakukan iaitu 3 hari. Amal tidur pada waktu malam sekurang-kurangnya 8 jam sehari.

Warmup
Seelok-eloknya badan haruslah panas dan melalui streching yang cukup sebelum latihan berat dilakukan.. Ini adalah untuk mengelak daripada berlakunya kecederaan. Streching (cooling down) juga harus selepas latihan ini bagi membantu proses pemulihan yang cepat.

Berat
Berat yang melampau akan menyebabkan berlakunya penipuan. Elakkan daripada melakukan latihan yang terlampau berat melebihi had kemampuan diri. Seeloknya muatan bebanan haruslah sesuai dengan set latihan yang cukup.