Senaman ini amat sesuai untuk wanita bagi menguruskan badan serta rebuild bentuk badan supaya lebih tegap dan tegeng.

Meliputi bahagian dada, belakang lengan, perut dan belakang peha (meliputi pinggul) kerana bahagian ini yang paling menunjol menyumbang kepada kegemukkan apabila dipandang.

Senamrobik (wajib)
Merupakan satu senaman yang paling effective untuk membakar lemak di seluruh badan dan bahagian yang paling utama dada, belakang lengan (triceps), perut dan belakang peha. Senamrobik lebih sesuai dan menyeronokkan apabila diiringi dengan lagu-lagu dance.

Bagi Ahli Bina Badan senamrobik boleh menyatakan lagi setiap permukaan otot (nampak lean).Tetapi bagi atlet bina badan yang ingin menambah berat badan meraka akan berhenti daripada melakukan senamrobik ini adalah kerana senamrobik boleh menurunkan berat badan dengan cepat ( pembakaran lemak berlaku secara berterusan).

Dada (Chest) (lakukan 2 minggu sekali)
Latihan ini sama sebagai mana di lakukan oleh ahli binabadan tetapi ianya dilakukan dengan beban yang sangat ringan. Jika ahli bina badan dengan beban mencapai 300 - 500 paun tetapi dalam latihan ini cuma 10 atau 15 paun sahaja. Dan ianya haruslah dilakukan berulang kali. Jumlah bilangan adalah : 2 set dengan 12-15 ulangan setiap set.

set pertama : 12-15 ulangan
set kedua : 12-15 ulangan

* Jumlah berat bergantung kepada kemampuan pastikan jumlah berat tersebut dapat memenuhi jumlah bilangan diatas.Cadangan 10 -15 paun. Seeloknya gunakan mesin kerana lebih selamat

Belakang Lengan (triceps) (wajib)
Latihan ini agak sukar untuk dilakukan. Haruslah dilakukan dengan berhati-hati.

set pertama : 12-15 ulangan
set kedua : 12-15 ulangan


* Jumlah berat bergantung kepada kemampuan pastikan jumlah berat tersebut dapat memenuhi jumlah bilangan diatas.Cadangan 5- 10 paun. Seeloknya gunakan mesin kerana lebih selamat

* Bagaimana nak pastikan ianya berkesan?
Bahagian terlibat akan terasa seolah -olah terbakar dan panas.
Belum Siap lagi .... bahan belum cukup!
Belakang Peha (hamstring) & Pinggul (wajib)
Mudah dilakukan dengan menggunakan mesin sebagaimana gambar dibawah. Lakukan dengan bebanan ringan sahaja.
set pertama : 12-15 ulangan
set kedua : 12-15 ulangan


* Jumlah berat bergantung kepada kemampuan pastikan jumlah berat tersebut dapat memenuhi jumlah bilangan diatas.Cadangan 5- 10 paun. Seeloknya gunakan mesin kerana lebih selamat
*Maaf sebab tak ada model wanita